AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Wakaf, zakat diguna bagi keperluan dunia moden – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Planet, rakyat (people) dan kemakmuran (prosperity), atau ‘tiga P’ adalah sempadan baharu kewangan Islam bagi menyediakan nilai yang lebih besar kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Walaupun industri kewangan Islam telah banyak membantu meningkatkan kesedaran sosial dan sistem ekonomi yang mampan, banyak perkara perlu dilaksanakan dalam tiga bidang utama ini, titah baginda.

Bagi ‘P’ yang pertama, banyak negara telah mengisytiharkan kecemasan iklim, kebajikan planet adalah bidang yang memerlukan tindakan segera, dan bagi ‘P’ yang kedua iaitu rakyat, dunia sedang menyaksikan perubahan besar terhadap rakyat yang disebabkan oleh konflik, penganiayaan dan kesukaran.

“Menjelang 2030, dianggarkan kira-kira 80 peratus golongan miskin tegar di dunia akan tinggal dalam kawasan yang ditakrifkan sebagai rapuh, kebanyakannya akan menjadi negara majoriti Islam atau negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, titah baginda sebelum menerima gelaran Doktor Kehormat dalam Kewangan Islam pada majlis konvokesnyen INCEIF ke-11, di sini, hari ini.

Titah baginda ‘P’ ketiga iaitu kemakmuran, yang tidak dapat dipisahkan daripada dua `P’ terdahulu, jumlah hutang yang tinggi, ketidaksamaan yang meluas dan kekurangan dana yang besar menghalang usaha kedua-duanya dalam menangani kesukaran yang dihadapi rakyat dan juga keperluan untuk melindungi planet.

Sultan Nazrin bertitah, kewangan Islam mempunyai potensi untuk menjadi penyumbang kepada perubahan yang ketara dan penting bagi memulihkan kekurangan yang serius kerana terasnya adalah berasaskan prinsip yang menekankan objektif antara lain, perkongsian risiko yang saksama dan inklusif.

Baginda bertitah, ia juga memerlukan urusan jual beli patuh syariah yang menjadi asas kepada realiti, aset produktif.

Kesemua prinsip ini menggalakkan kebertanggungjawaban fiskal dan kelestarian, yang bermakna bahawa industri berada pada kedudukan yang baik untuk menghalang pergolakan ekonomi dan memberikan kepercayaan, penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan kemiskinan kerana krisis cuaca dan kemanusiaan.

“Selain itu, baginda menambah kewangan Islam adalah berteraskan Maqasid Syariah. Undang-undang Syariah yang mentadbirnya dibangunkan untuk melindungi kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat, dan untuk menambah baik keadaan kehidupan masyarakat.

“Intrumen tradisional kewangan islam, seperti wakaf dan zakat, sedang digunakan secara berkesan dan disasarkan ke arah keperluan dunia moden,” titah baginda.

Pada 2018, Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) menggunakan wang zakat untuk membiayai program bantuan kemarau di Kuiti, daerah Kenya, merintis inisiatif zakat kemanusiaan mampan.

Majlis konvokesyen INCEIF ke-11 itu juga menyaksikan seramai 137 graduan dari 70 negara, termasuk Afrika, Asia Tengah dan Eropah, menerima skrol masing-masing, menjadikan jumlah alumni INCEIF seramai 1,881 orang/prag.

Turut menerima skrol daripada Canselor INCEIF, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ialah 19 penerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Kewangan Islam, ijazah sarjana dalam Amalan Kewangan Islam (63); ijazah sarjana sains (MSc) dalam Kewangan Islam (37); dan Profesional Kewangan Islam Berkanun (10).

Selain itu, lapan graduan menerima pensijilan profesional dalam Kewangan Islam.

Kepelbagaian graduan INCEIF mengesahkan peranan universiti itu dalam pembangunan bakat bertaraf dunia dalam industri perkhidmatan kewangan Islam global dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab global untuk industri itu.

Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah INCEIF, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, dan Pro-Canselor INCEIF, Dr Rozali Mohamed Ali, turut hadir pada majlis konvokesyen itu.

Sementara itu, Ahmad Lutfi Abdul Razak dari Brunei (PhD dalam Kewangan Islam); Malik Abdulrahman Nkoba dari Tanzania (MSc dalam Kewangan Islam) dan Eunjoo Lee dari Korea Selatan (ijazah sarjana dalam Amalan Kewangan Islam) diumumkan sebagai penerima anugerah kecemerlangan akademik, bagi Anugerah Presiden.

Majlis konvokesyen itu buat pertama kalinya memperkenalkan ‘Anugerah Buku’.

Penerima anugerah tersebut, yang terdiri daripada graduan yang cemerlang dalam domain pengetahuan yang dipilih, terdiri daripada Nurrawaida Husna Hamzah (perbankan MSc dalam Kewangan Islam), Eun Joo Lee dari Korea Selatan (pasaran modal, ijazah sarjana dalam Amalan Kewangan Islam), dan Aminudin Ma’ruf dari Indonesia (graduan MSc dalam Kewangan Islam).

Mereka masing-masing menerima anugerah berupa wang tunai yang ditaja oleh FWD Takaful Bhd dan Cagamas Bhd.

– BERNAMA


Pengarang :