Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Puan Elya Marini Darmin mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Perbandaran Klang Bil. 12/ 2019 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, MPK Klang.30 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Waktu laluan di Jalan Perbandaran dilanjutkan

KLANG, 30 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan melanjutkan waktu laluan di Jalan Perbandaran, di sini mulai Khamis ini bagi melancarkan perjalanan berikutan pembukaan sesi persekolahan bermula.

Timbalan Yang Dipertuanya, Elya Marini Darmin berkata, lanjutan masa itu bermula jam 6.30 hingga 9.30 pagi berbanding sebelum ini setakat jam 8.30 pagi sahaja.

“Manakala, pada sebelah petang pula kita mahu melanjutkan bermula jam 4 petang hingga 9 malam iaitu lanjutan tiga jam berbanding sebelum ini.

“Kita berharap dengan lanjutan ini akan memberi keselesaan kepada orang awam untuk menggunakan laluan terbabit setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil 12/2019 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir.

Selain itu, katanya, pihaknya juga bercadang mahu mengindahkan lagi lorong perbandaran terbabit dengan penanaman pokok pada tahun depan.


Pengarang :