Murid-murid tahun satu ketika perhimpunan pada hari pertama sesi persekolahan 2020 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Foto FILZAH IZZANI/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

1,351 murid SK Seksyen 17 mula sesi persekolahan

SHAH ALAM, 2 JAN: Seramai 1,351 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 17, di sini memulakan sesi persekolahan 2020, hari ini.

Guru Besarnya, Mohd Misbah Ajir berkata daripada jumlah itu, seramai 240 murid adalah tahun satu yang memulakan sesi sekolah pada 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari.

Mohd Misbah Ajir

“Sesi persekolahan pagi untuk murid tahun satu, empat dan lima manakala tahun dua serta tiga pada sebelah petang (1 hingga 5.50 petang).

“Alhamdulillah, sesi persekolahan hari ini berjalan lancar dan terkawal, cuaca juga baik dan murid tidak ramai yang meragam,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 2 November lalu, SK Seksyen 17 mengadakan sesi orientasi kepada murid tahun satu selama seminggu bagi melatih mereka membiasakan diri dengan persekitaran sekolah.

Sekolah itu mempunyai 79 guru dan lapan kakitangan setakat ini.

Difahamkan, prestasi akademik bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah meningkat saban tahun selain sekolah berkenaan aktif dalam kokurikulum antaranya taekwando sehingga pernah mewakili peringkat kebangsaan dan bola baling di peringkat daerah dan negeri.


Pengarang :