Rodziah Ismail (tengah) bersama peserta Program Institut Keusahawanan Negara (Insken) Business Outreach 2020 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 23 Januari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

500 usahawan didedah strategi tingkat jualan

SHAH ALAM, 23 JAN: Lebih 500 usahawan daripada pelbagai industri didedahkan dengan strategi melonjak jualan dalam seminar sehari anjuran Institut Keusahawanan Negara (Insken) di negeri ini, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata siri pertama di Selangor itu selari dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah menjadi negeri pintar (Smart State) dan seiring Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Seminar berkaitan IR 4.0 iaitu pengurusan dan penjanaan pendapatan melalui data pelanggan memberi pendedahan serta peluang belajar kepada usahawan daripada pakar bidang berkenaan.

“Usaha ini paling dinanti kerana menjadi hasrat kerajaan membantu usahawan ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika perasmian program Insken Business Outreach (IBO) 2020 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Rodziah Ismail berucap merasmikan Program Institut Keusahawanan Negara (Insken) Business Outreach 2020 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 23 Januari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI

IBO menyasarkan melatih 3,500 usahawan secara keseluruhan di seluruh negara dan antara pengisian program sehari itu adalah strategi urus data, buat duit dengan data, jualan serta data juga ubah minda.


Pengarang :