Murid-murid menikmati sarapan percuma yang disediakan di bawah program Rancangan Makanan Tambahan. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

906 murid di Selangor dapat sarapan percuma

SHAH ALAM, 21 JAN: Seramai 906 murid daripada enam sekolah di negeri ini menikmati program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) fasa pertama 2020 bermula semalam, kata pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Azmi Misrun berkata program antara 7 hingga 7.30 pagi menghidangkan 20 menu berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang kanak-kanak.

“Kita ingin memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat, lebih bertenaga semasa sesi pembelajaran serta merangsang proses tumbesaran seimbang,” katanya lapor Sinar Harian.

Enam sekolah terlibat ialah:

-Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Batu 20, Kuala Selangor
-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan, Sabak Bernam
-SJKC Tanjung Sepat, Kuala Langat
-SK Bukit Lanjan, Petaling Utama
-SK Tun Abdul Razak, Hulu Selangor
-SK Bandar Rinching, Sepang

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor Mohd Azuan Mohd Nawawi berkata SK Jeram Batu 20 dipilih sebagai perintis berdasarkan kriteria ibu bapa dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah.


Pengarang :