Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kiri) memakaikan pangkat kepada Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad yang dilantik sebagai Panglima TUDM ke-19, berkuat kuasa hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ackbal dilantik panglima baharu TUDM

SUBANG, 3 JAN: Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dilantik sebagai Panglima TUDM ke-19, berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu, berkuat kuasa semalam.

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Ackbal dilakukan sendiri Affendi di Pangkalan Udara Subang, di sini, selain menyerahkan tongkat kuasa Panglima TUDM dalam majlis serah terima tugas jawatan nombor satu TUDM itu.

Sementara itu, Affendi dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Ackbal yang menurutnya merupakan calon paling sesuai untuk menerajui TUDM.

“Saya yakin Ackbal akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan TUDM dan seterusnya memimpin TUDM ke arah wawasan untuk menjadi satu kuasa yang unggul,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :