Masdiana Muhamad merasmikan Majlis Tadabbur Al-Quran dan Tazkirah Khas pembukaan Tahun 2020 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar pada 20 Januari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ahli Pekawanis disaran laksana program dekati masyarakat

SHAH ALAM, 21 JAN: Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di setiap kawasan disaran melaksanakan program komuniti tahun ini, kata yang dipertuanya.

Masdiana Muhamad berkata pertubuhan yang dianggotai isteri wakil rakyat perlu mendekati masyarakat terutama wanita di peringkat akar umbi supaya lebih dikenali.

“Kita tidak mahu lagi program hanya di peringkat negeri, sebaliknya dibuat menyeluruh termasuk di kampung dan hasilnya akan bantu suami yang juga yang berhormat di kawasan berkenaan.

“Ini seiring dengan misi Selangor Maju Bersama iaitu pemimpin dan rakyat saling mengenali,” katanya selepas Majlis Tadabbur Al-Quran dan tazkirah khas sempena tahun baharu di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini semalam.

Hadir sama penaung Pekawanis Yang Amat Mulia Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan penasihatnya Datin Seri Shamshida Taharin.

Pada masa sama, Masdiana turut berharap lebih banyak agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bekerjasama dengan pertubuhan itu bagi menggerakkan kerja amal di seluruh negeri.


Pengarang :