Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Alif Satar meriahkan Karnival Jom e-Bil Air Selangor

SHAH ALAM, 16 JAN: Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Jom e-Bil Air Selangor pada 18 Januari ini di The Curve Piazza yang turut menampilkan selebriti Alif Satar.

Karnival anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bertujuan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaan kertas dan penjagaan alam sekitar.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya persembahan busker, segmen kuiz dan acara karnival selain slot Jom e-Bil bersama Alif yang juga duta kempen terbabit.

Air Selangor menggalakkan pengguna beralih kepada e-bil untuk memudahkan pembayaran pada bila-bila masa.


Pengarang :