AGENDA NASIONAL

Aliran trafik di beberapa lebuh raya perlahan malam ini

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat jam 8 malam ini, berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan sebelum Plaza Tol Gombak menuju Genting Sempah berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

“Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Tapah ke Gopeng dan Bidor ke Tapah.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA


Pengarang :