Covid-19 dikenal pasti mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan betapa mudah ia boleh disebarkan antara manusia. Foto BERNAMA
AGENDA GLOBAL

Angka korban koronavirus di China meningkat kepada 106

WUHAN, 28 JAN: Jumlah kematian akibat koronavirus meningkat kepada 106 mangsa manakala 1,300 kes baharu disahkan kata pihak berkuasa China, lapor AFP.

Suruhanjaya Kesihatan di Wilayah Hubei, pusat epidemik, berkata 24 lagi kematian akibat virus berkenaan dan 1,291 orang dijangkiti, peningkatan kepada lebih 4,000 kes yang disahkan di seluruh negara.

Usaha kawalan jangkitan diperhebat di China bermula dengan penggantungan operasi pesawat, kereta api dan bas pada 22 Januari di Wuhan.

Wuhan sedang membina dua hospital baharu untuk menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat yang dijadualkan selesai minggu depan.

Virus baru ini menyebabkan gejala radang paru-paru termasuk batuk dan demam dan dalam kes yang lebih teruk berlaku sesak nafas.


Pengarang :