Rakyat Iran berkumpul dan membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel semasa perarakan pengebumian komander tertinggi tentera elit Iran Qassem Soleimani, Ketua Paramiliter Iraq Abu Mahdi al-Muhandis dan mangsa lain yang terbunuh akibat serangan AS di Tehran pada 6 Januari 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Angka korban rempuhan ketika pengebumian Soleimani meningkat

TEHRAN, 8 JAN: Sekurang-kurangnya 40 orang maut dalam insiden rempuhan yang berlaku semasa majlis pengebumian komander tertinggi tentera elit Iran Qassem Soleimani di bandar Kerman pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan ketua Pusat Kecemasan Iran.

Insiden rempuhan itu turut menyebabkan 213 orang lagi cedera, kata Pir Hossein Kolivand.

Soleimani, komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, terbunuh dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Kerman adalah tempat kelahiran Soleimani.

– BERNAMA


Pengarang :