AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Azizulhasni pertama dunia acara keirin

SHAH ALAM, 23 JAN: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menduduki tangga pertama dunia dalam acara keirin berdasarkan kedudukan dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

‘The Pocket Rocketman’ mengumpul 2,560 mata mengatasi pesaing terdekat dari Jepun, Yudai Nitta (2,551) manakala pelumba Perancis Sebastien Vigier (2,347.5) ketiga, lapor Berita Harian.

“Saya gembira kerana menerima pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan.

“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik terutama dalam Sukan Olimpik di Tokyo,” katanya.

Kejayaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 merupakan kali ketiga selepas melakukannya pada 2010 dan 2016.

Dua lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom di tangga ke-32 dengan 1,235 mata sementara Fadhil Mohd Zonis di kedudukan ke-60 (691).


Pengarang :