Azlinda Azman dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar yang baharu berkuat kuasa 15 Januari lalu.
PBTSELANGOR

Azlinda Azman dilantik timbalan datuk bandar MBPJ

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan pelantikan Azlinda Azman sebagai Timbalan Datuk Bandar yang baharu berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Datuk Bandarnya berkata pelantikan itu bagi menggantikan Johary Anuar yang kini bertugas sebagai pegawai daerah Petaling.

“Semoga dengan kehadiran beliau akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya,” kata Dato’ Mohd Sayuthi Bakar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBPJ hari ini.

Azlinda sebelum ini bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor dengan jawatan Timbalan Pengarah (Pengurusan).


Pengarang :