Haniza Mohamed Talha melawat tapak Projek Pembesaran Kampung Koskan pada 21 Januari 2020.
EXCOSELANGOR

Baik pulih kemudahan pembesaran Kampung Koskan RM4.07 juta

HULU SELANGOR, 28 JAN: Mesyuarat EXCO setuju membaik pulih infrastruktur projek pembesaran Kampung Koskan dengan peruntukan RM4.07 juta, kata Haniza Mohamed Talha.

EXCO perumahan berkata kerja baik pulih yang dijangka bermula Julai ini menggunakan dana Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT).

“Rumah terbengkalai pula diuruskan pemilik. Perkara ini sudah kita persetujui di mana mereka membaik pulih rumah, kita membaik pulih kemudahan,” katanya selepas lawatan ke tapak Projek Pembesaran Kampung Koskan di sini hari ini.

Haniza Mohamed Talha melawat tapak Projek Pembesaran Kampung Koskan pada 21 Januari 2020.

Beliau berkata setakat ini terdapat 43 rumah belum disiapkan.

“Sebanyak 39 lot sedang dalam proses beri milik tanah kepada peserta asal yang membuat permohonan di Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor.

“Kemajuan tapak pula rata-ratanya kosong hingga 70 peratus siap dan diduduki cuma infrastruktur luaran belum siap,” katanya.

Projek pembesaran Kampung Koskan diluluskan pada 3 Januari 1990 bagaimanapun kontraktornya Tetuan Ehsan Ibu Sdn Bhd diisytihar muflis.


Pengarang :