EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han pada Majlis Perasmian Pelancaran Bas ‘Coaster’ Smart Selangor, di Terminal Bas IOI City Mall, Serdang pada 14 Januari 2020.
EXCO SELANGOR

Bas mini MPSepang turun penumpang di lobi Hospital Serdang

PUTRAJAYA, 15 JAN: Kerajaan Negeri memperkenalkan perkhidmatan Bas `Coaster’ atau bas mini secara percuma pertama di Selangor bagi meningkatkan kemudahan kepada penduduk.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, bas mini yang beroperasi di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) itu mampu menurunkan penumpang di lobi Hospital Serdang.

“Berdasarkan saiznya yang kecil, bas ini dapat mengambil dan menurunkan penumpang sampai di lobi hospital.

“Saya berharap pihak hospital memberi kerjasama dari aspek keselamatan ketika bas ini menurun dan mengambil penumpang,” katanya pada Majlis Perasmian Pelancaran Bas ‘Coaster’ Smart Selangor di Terminal Bas IOI City Mall di sini semalam.

Sze Han berkata buat permulaan bas mini ini digerakkan di laluan yang tidak padat penduduk bagi membantu golongan ini berulang-alik ke hospital atau tempat-tempat awam lain.

“Inisiatif yang direalisasikan MPSepang ini harus menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan lain,” katanya.

Selain Hospital Serdang,  dua buah bas berkenaan turut melalui kawasan pinggir dan bandar di bawah pentadbiran MPSepang seperti  universiti, kolej, serta kompleks perniagaan utama seperti IOI City Mall.


Pengarang :