EXCOSELANGOR

Bas Smart Selangor: Caj RM1 kepada warga asing munasabah

SHAH ALAM, 23 JAN: Caj RM1 dikenakan kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah munasabah, kata EXCO pengangkutan awam.

Sehubungan itu Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan caj terbabit setelah mengambil kira sumbangan mereka kepada ekonomi negeri.

“Caj RM 1 itu adalah kadar yang berpatutan. Kita perlu mengambil kira sumbangan mereka kepada ekonomi negeri ini.

“Tujuan utama mengenakan caj adalah untuk memberi keistimewaan kepada warganegara khususnya rakyat Selangor,” katanya.

Sze Han berkata, hasil tambang yang dikutip meringankan beban kewangan Kerajaan Negeri untuk menyelenggara bas, selain meningkatkan mutu perkhidmatan kemudahan berkenaan.


Pengarang :