Foto fail yang diambil pada 6 Oktober 2010 menunjukkan Kobe Bryant semasa menyertai klinik bola keranjang bersama kanak-kanak selepas sesi latihan di Palau Sant Jordi di Barcelona. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Bintang bola keranjang maut nahas helikopter

SHAH ALAM, 27 JAN: Bekas pemain bola keranjang profesional Kobe Bryant dan anak perempuannya Gianna Bryant disahkan maut dalam nahas helikopter semalam.

Insiden itu turut meragut nyawa tujuh individu lain termasuk seorang juruterbang, kata Sherif Los Angeles Alex Villanueva, lapor AFP.

Helikopter terbabit dilaporkan terhempas ekoran cuaca buruk di Calabasas, pinggir Los Angeles.

Bryant dan Gianna dilaporkan dalam penerbangan ke sebuah perlawanan yang turut disertai remaja berkenaan apabila pesawat terbabit terhempas.

Bintang Los Angeles Lakers berusia 41 tahun bergiat aktif dalam bola keranjang lebih 20 tahun sebelum mengumumkan persaraannya pada 2016.

Kepulan asap kelihatan dari helikopter yang terhempas di Calabasas, California pada 26 Januari 2020 yang meragut nyawa Kobe Bryant dan lapan individu lain termasuk anaknya. Foto AFP

Pengarang :