Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Budak 7 tahun mati akibat kegagalan buah pinggang bukan influenza

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Kanak-kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA disahkan meninggal dunia pada jam 10.48 malam.

Kematian kanak-kanak itu dimaklumkan secara ringkas kepada media oleh bapanya Muhammad Noor Ain menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, Nur Dinie Damia dirawat di HSA sejak empat hari lepas, selepas disyaki mengalami jangkitan influenza, namun dia disahkan negatif penyakit itu petang semalam.

Turut mengesahkan perkara sama, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal yang berkata ujian pengesahan PCR (Polymerase Chain Reaction) terkini pada pukul 4.45 petang semalam menunjukkan mangsa memang negatif influenza.

“Waktu Damia (Nur Dinie Damia) masuk ke sini (HSA), ujian influenza dilakukan dan didapati negatif… jadi Damia didapati alami kegagalan buah pinggang dan hati.

– BERNAMA


Pengarang :