PBTSELANGOR

Cukai taksiran MPK naik selepas 27 tahun

KLANG, 30 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menaikkan cukai taksiran di kawasan pentadbirannya mulai tahun depan, kata timbalan yang dipertuanya.

Kenaikan antara dua hingga lima peratus berkenaan diambil kira selepas 27 tahun cukai itu tidak dinaikkan.

“Kita menerima arahan dari Kerajaan Negeri untuk membuat semakan semula hasil dan tahun ini, MPK akan fokus membuat bancian dan dijangkakan mulai tahun hadapan cukai taksiran akan naik,” kata Elya Marini Darmin selepas Majlis Penyerahan Papan Tanda Kebersihan, di sini.

MPK berjaya mengutip jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM270.8 juta tahun lalu berbanding RM238 juta tahun 2018 iaitu menyaksikan peningkatan 43 peratus.

“Bagi kutipan cukai taksiran pula, sebanyak RM186.4 juta berjaya dikutip pada 2019 berbanding RM181.6 juta tahun sebelumnya. MPK turut menyasarkan jumlah kutipan hasil keseluruhan RM270.8 juta tahun ini,” katanya.


Pengarang :