EXCO Pembangunan Generasi Muda Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Dasar Kelulusan 100 Hari beri manfaat kepada belia

SHAH ALAM, 26 JAN: Dasar Kelulusan 100 Hari akan membuka banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada belia di Selangor, kata EXCO pembangunan generasi muda sukan dan pembangunan modal insan.

Mohd Khairuddin Othman berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan golongan berkaitan sebaliknya sentiasa memastikan setiap dasar dilaksanakan akan memberi manfaat kepada mereka.

“Dasar Kelulusan 100 Hari lebih kepada usaha untuk menarik pelabur dari dalam dan luar negara. Dasar ini akan mempercepatkan proses pembangunan di Selangor.

“Jadi ini kita harapkan ada pelabur atau pemaju yang membantu Kerajaan Negeri, terutamanya dalam aspek pembangunan kemudahan sukan dan peluang pekerjaan,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses pembangunan tanah berkuat kuasa serta-merta dan ia bertujuan mempercepatkan kelulusan berbanding sekitar sembilan bulan sebelum ini.


Pengarang :