Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

e-Tunai Rakyat terima respon positif

SHAH ALAM, 18 JAN: Pengguna memberikan reaksi positif berhubung pelaksanaan e-Tunai Rakyat yang bermula 15 Januari lalu.

Tinjauan di beberapa laman sosial mendapati pengguna gembira dan menyifatkan ia sebagai persediaan negara ke arah transaksi tanpa tunai secara lebih menyeluruh.

Grace Aisyah Humairah menerusi Facebook berkata e-Tunai Rakyat berguna buatnya untuk membayar tol dan dia berterima kasih kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Thank you (terima kasih) Lim Guan Eng. RM30 e-Tunai (Rakyat) ini berguna untuk laluan tol pergi balik kerja you know,” katanya.

Adi Azudin menerusi laman Twitter berkata jika ada rungutan warganet mengenai pelaksanaan e-Tunai Rakyat adalah kerana mereka tidak faham matlamatnya.

“Matlamatnya mahu mendekatkan rakyat dengan budaya tanpa tunai. RM30 cukuplah sebagai galakan sahaja,” katanya menerusi @adiazudin.

Bagi Mohd Ridzuan Hamzah, e-Tunai Rakyat bagus untuk galakan rakyat berbelanja dan bersama-sama menaikkan ekonomi.

Katanya, lebih bagus jika e-Tunai Rakyat boleh didapati di semua aplikasi e-dompet.

Guan Eng dalam kenyataannya semalam memaklumkan sebanyak 672,000 daripada 784,000 permohonan dilulukan sehingga 10 malam 16 Januari dengan lebih RM18 juta dibelanjakan pada hari kedua pelaksanaan.

Tiga pengendali e-dompet terlibat ialah Grab, Boost dan Touch ‘n Go dengan peruntukkan RM450 juta sebagai galakan budaya tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.


Pengarang :