AGENSISELANGOR

Enam daerah Selangor diramal panas hingga Selasa

SHAH ALAM, 31 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini meramalkan enam daerah di Selangor panas bermula esok hingga Selasa depan.

Laporan itu berkata ia membabitkan Sepang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat manakala pada 5 dan 6 Februari cuaca semua tempat berkenaan mengalami hujan dan ribut petir.

Gombak dan Hulu Selangor pula dijangka mengalami cuaca hujan di satu dua tempat bermula esok hingga 4 Februari dan berubah kepada ribut petir keesokan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.


Pengarang :