Exco perumahan, Haniza Talha (tengah) turun padang melawat tapak di Projek Pembesaran Kampung Koskan. 28 JAN 2020. Foto: SHEEDA FATHIL
SELANGOR

EXCO: Rujuk PBT sebelum beli rumah hartanah elak masalah

HULU SELANGOR, 28 JAN: Orang ramai dinasihatkan merujuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum membeli rumah atau hartanah bagi mengetahui status projek berkenaan, kata Haniza Mohamed Talha.

EXCO perumahan dan kehidupan bandar berkata ia bagi mengelakkan pembeli berhadapan masalah dengan kelulusan projek itu daripada PBT.

“Sekiranya tiada kelulusan diberi daripada PBT ini bermakna pembangunan atau pemaju itu tidak sah. Malah, pembangunan di sesuatu kawasan memang memerlukan kelulusan daripada PBT.

“Justeru, penting pembeli mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyemak atau merujuk maklumat di PBT berdekatan untuk ketahui status sesebuah pembangunan itu,” katanya pada sidang media selepas lawatan tapak di Projek Pembesaran Kampung Koskan di sini hari ini.

Projek pembesaran Kampung Koskan terbengkalai apabila kontraktor projek itu berhadapan masalah kewangan sejak 2012.

Bagi mengatasi masalah itu Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan kemudahan infrastruktur dengan peruntukan RM4.07 juta.


Pengarang :