MPS merobohkan garaj kereta dibina tanpa kebenaran ketika operasi halangan struktur atap di Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 23 Januari. Foto oleh: MPS
AGENSISELANGOR

Garaj kereta haram diroboh selepas pemilik abai notis peringatan

RAWANG, 25 JAN: Sebanyak 16 garaj kereta haram dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Bandar Tasik Puteri di sini pada 23 Januari lalu selepas pemiliknya tidak mengendahkan notis dikeluarkan sejak Disember lalu.

Timbalan pengarah jabatan korporatnya, Ahmad Fauzi Ishak berkata operasi itu melibatkan 27 anggota penguatkuasa dengan bantuan seunit jentera pengorek kaut (backhoe) dan tong ‘Roll On Roll Off’ (RoRo).

“Operasi halangan struktur atap dijalankan berdasarkan aduan diterima terhadap garaj kereta yang didirikan sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Fauzi berkata pemantauan berterusan dan tindakan tegas dilaksanakan terhadap pemilik garaj kereta yang mendirikan struktur tanpa kebenaran.


Pengarang :