Gambar dikeluarkan unit media presiden Ukraine menunjukkan pasukan tentera pengawal kehormatan mengusung keranda diliputi bendera yang mana 11 rakyatnya meninggal dunia dalam pesawat dikatakan tersilap ditembak tentera Iran semasa krisis dengan Washington di lapangan terbang Boryspil Kiev pada 19 Januari 2020. Foto UNIT MEDIA PRESIDEN UKRAINE/AFP
AGENDAGLOBAL

Iran enggan serah kotak hitam pesawat Ukraine

TEHRAN, 23 JAN: Iran pada Rabu tidak mahu menyerahkan kotak hitam pesawat Ukraine yang terhempas baru-baru ini, kepada negara lain untuk penyahkodan, lapor agensi berita Xinhua memetik Press TV.

“Kotak hitam itu harus kekal dengan pasukan Iran yang menyiasat nahas tersebut,” kata Menteri Pengangkutan Iran Mohammad Eslami.

Tambah beliau, perakam data itu perlu dianalisis oleh pasukan penyiasat nahas, di Pertubuhan Penerbangan Awam Iran.

Pada 8 Januari, pesawat Boeing 737-800 yang dalam penerbangan dari Tehran ke Kyiv terhempas berhampiran Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran, mengorbankan 176 penumpang termasuk anak kapal.

Kemudian, tentera Iran mengakui tidak sengaja tertembak pesawat penumpang itu.

– BERNAMA


Pengarang :