Pengarah Jais, Shahzihan Ahmad. Foto SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais galak anjur solat hajat cegah penularan penyakit

SHAH ALAM, 27 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggalakkan semua masjid dan surau di negeri ini untuk menganjurkan solat hajat susulan penularan jangkitan 2019 Novel coronavirus (2019-nCoV) walaupun tiada arahan rasmi dikeluarkan.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat hajat itu bagi memohon perlindungan daripada sebarang penyakit berjangkit.

“Setakat ini tiada arahan rasmi dikeluarkan (Jais). Tidak menjadi masalah jika hendak anjurkan (solat hajat) dan digalakkan tetapi bukan untuk koronavirus sahaja. Mohon kepada Allah untuk kita semua dihindari dari sebarang wabak dan penyakit,” katanya kepada SelangorKini.

Setakat ini, sebanyak 38 kumulatif kes pesakit di bawah siasatan (PUI) dilaporkan sehingga semalam dengan 18 warganegara Malaysia didapati negatif wabak.

Selain itu, sembilan orang pengembara juga didapati tidak memenuhi kriteria pesakit seperti ditetapkan dalam tatacara pengurusan virus berkenaan.


Pengarang :