Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo hari ini mengadakan perbincangan bersama warga industri animasi dan pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Foto Facebook Gobind Singh Deo
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Karya animasi tempatan kini bertaraf dunia – Gobind

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo hari ini mengadakan perbincangan bersama warga industri animasi dan pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Perbincangan tersebut diadakan untuk memahami masalah dan mendapatkan maklum balas serta cadangan, bagi menambah baik proses dan prosedur berkaitan industri kreatif, serta para penggiat filem animasi.

“Karya animasi tempatan yang dihasilkan kini bertaraf dunia dan Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi antara peserta utama dalam industri kandungan digital kreatif global, yang kini dianggarkan bernilai AS$2.4 trilion (RM10.04 trilion),” katanya di laman Facebook dan Twitter beliau, malam tadi.

Gobind turut memuat naik 12 keping gambar berkaitan perbincangan berkenaan.

-BERNAMA


Pengarang :