Wisma Putra sentiasa memantau keadaan rakyat Malaysia di Queensland.
AGENDANASIONAL

Kebakaran di Australia, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan

PUTRAJAYA, 2 JAN: Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas akibat kebakaran belukar di Australia sehingga keadaan bertambah baik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, nasihat ini dikeluarkan berikutan pengumuman darurat tujuh hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Januari kerana kebakaran hutan itu menjejaskan banyak kawasan di Australia, terutamanya di pantai timur negara itu.

Selain New South Wales, kawasan lain yang terjejas teruk termasuk Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT).

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan yang terjejas itu supaya mengutamakan keselamatan mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan wilayah.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne atau Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney.

– BERNAMA


Pengarang :