Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran
ADNSELANGOR

Kemudahan kondusif di Bukit Gasing

SHAH ALAM, 8 JAN: Penduduk Bukit Gasing bakal menikmati kemudahan lebih baik apabila rancangan tempatan di kawasan berkenaan diluluskan.

Ahli Dewan Negerinya berkata kebanyakan kawasan tidak memiliki laluan pejalan kaki dan jejantas yang mengundang bahaya kepada orang ramai.

“Hasrat ini sudah diusulkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan jika dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar penduduk,” kata Rajiv Rishyakaran ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan jumlah bas bagi menambah kekerapan perjalanan.

Mengulas penjaja tidak berlesen di pinggir jalan raya, Rajiv merancang untuk memindahkan mereka ke kawasan bersesuaian dan berusaha mendapatkan permit.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengemukakan idea transformasi atau aduan melalui e-mel [email protected].

Bukit Gasing yang mempunyai hampir 44,000 pengundi meliputi kawasan PJ 1, 1A, 5 hingga 13, sebahagian Seksyen 14, 15 hingga 18 dan 52.


Pengarang :