Pemandangan udara di sekitar kawasan Plaza Tol Jalan Duta di bawah kendalian PLUS. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kenaikan kadar tol lapan lebuh raya dibeku mulai Februari

SHAH ALAM, 17 JAN: Kadar bayaran tol di semua lapan lebuh raya bawah kendalian PLUS Malaysia (PLUS) dibekukan selama 38 tahun mulai 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan juga tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi, sekali gus menjimatkan RM42 bilion.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputusan terbaharu ini akan memastikan tiada kenaikan sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun (2020-2058).

“Kerajaan yakin keputusan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan pada masa sama membolehkan PLUS terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik,” katanya.

 

Lebuh raya terbabit seperti berikut:

– Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
– Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)
– Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE),
– Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LinKedua)
– Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
– Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH)
– Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE)
– Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemotongan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan pengendali konsesi lebuh raya kekal milik Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pengarang :