PENDIDIKAN SELANGOR

Komuniti setempat jaya Larian Santai Desa Unisel

SHAH ALAM, 21 JAN: Larian Santai Desa anjuran Universiti Selangor (Unisel) mendapat sambutan menggalakkan membabit kira-kira 330 peserta di Kompleks Sukan Unisel, Bestari Jaya dekat sini pada Sabtu lalu.

Timbalan naib cancelor (pembangunan pelajar dan jaringan komuniti) berkata program dengan kerjasama pusat pengajian asasi dan umum (Padu) membabitkan penyertaan kakitangan dan pelajar universiti juga orang kelainan upaya daripada organisasi Bikeisable di kawasan berkenaan.

“Program ini dapat memantapkan rohani dan jasmani peserta di samping membuka ruang untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga setempat dengan golongan kelainan upaya,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Beliau turut menyeru seluruh warga universiti dapat mengaplikasikan aktiviti sukan untuk kekal aktif dan sihat selain memberi semangat kepada golongan istimewa bersama melakukan aktiviti riadah.

Terdahulu, program bermula jam 7.30 pagi dirasmikan Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin.


Pengarang :