Pegawai perubatan memakai pakaian perlindungan berjalan di Hospital Palang Merah Wuhan pada 26 Januari 2020. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 170 orang

WUHAN, 30 JAN: Jumlah kematian yang disahkan akibat wabak koronavirus 2019 meningkat kepada 170 orang, ketika wilayah Hubei yang terkesan teruk melaporkan 38 kematian baharu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memaklumkan kes kematian turut dikesan di barat daya wilayah Sichuan dan Tibet juga melaporkan kes pertama mereka, lapor Berita Harian.

Angka kematian dan kes baharu jangkitan itu dijangka terus meningkat di seluruh negara.

Selain peningkatan kes di China, lebih 12 negara melaporkan penularan virus berkenaan dengan kes baharu dilaporkan di Finland dan Emiriah Arab Bersatu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada wabak itu harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global – suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.


Pengarang :