Exco Kerajaan Negeri Hee Loy Sian (tengah) dan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Prof Madya Dato’ Dr Ab Halim Tamuri (tiga, kanan) bersama peserta selepas Majlis Perasmian Penutup Program ICT Bootcamp Selangor di KUIS pada 13 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KUIS sasar ambil 12,000 pelajar tahun ini

BANGI, 13 JAN: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyasarkan pengambilan 12,000 pelajar baharu pada tahun ini, kata Rektornya.

Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata unjuran sasaran itu meningkat berbanding 9,000 pelajar sebelum ini bagi mengembangkan lagi bilangan mahasiswa dalam setiap fakulti.

Katanya pihaknya akan mempergiatkan usaha promosi bagi menarik lebih ramai pelajar ke institusi terbabit menerusi program Jom Masuk KUIS.

“Setiap fakulti di KUIS diminta membuat video pendek berkaitan bidang mereka dan menerusi platform itu kita yakin akan ada lebih ramai yang tertarik untuk masuk ke institusi ini.

“Selain itu, kita turut mempromosi menerusi pameran dan jelajah ke beberapa sekolah di sekitar Selangor khususnya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Program Perasmian ICT Boot Camp Selangor 2019 yang dirasmikan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian di KUIS di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk mendaftarkan sebagai pelajar baharu di KUIS boleh melayari www.kuis.edu.my atau muat turun aplikasi Jom Masuk KUIS di Google Play Store atau Apps Store atau hubungi 03-8911 7000.

KUIS adalah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan secara rasmi pada 15 Februari 1995 bertujuan membangunkan agenda pendidikan sekali gus melahirkan Da’i, Ulama dan Umara’.


Pengarang :