Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman melawat kuanter pendaftaran aplikasi E-Bil ketika Pelancaran Karnival Jom E-Bil Air Selangor di The Curve, Damansara pada 18 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LHDN kaji lebih 200,000 pemohon layak terima Skim Air Darul Ehsan

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 18 JAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang mengkaji kelayakan lebih 200,000 permohonan untuk Skim Air Darul Ehsan yang sudah ditutup pendaftaran pada 31 Disember lalu, kata Suhaimi Kamaralzaman.

Ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata proses semak silang itu dijangka diketahui Mac ini.

“Kita tidak dapat menjangka berapa ramai yang layak namun Air Selangor optimis semua pemohon berpeluang menerima insentif terbabit,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve Piazza di sini hari ini.

Suhaimi berkata kajian cadangan penggabungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)  dan Air Selangor akan siap sebelum akhir tahun ini manakala pelaksanaan cadangan ini, sekiranya diterima akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun.

 


Pengarang :