AGENDAGLOBAL

Lima nelayan diculik, Indonesia salahkan Malaysia

SHAH ALAM, 21 JAN: Indonesia menyalahkan koordinasi pihak berkuasa Malaysia yang tidak berkesan di perairan Sabah sehingga menyebabkan lima nelayannya diculik di perairan Lahad Datu pada Khamis lalu.

Lapor CNN Indonesia, Timbalan Menteri Luar negara, Mahendra Siregar amat kesal dengan kejadian yang berulang menimpa rakyatnya.

Beliau mengesa Kuala Lumpur segera meningkatkan koordinasi dan keterlibatan pihak berkuasa dalam menjaga perairan negara daripada ancaman penjenayah.

Mengikut agensi itu, lima nelayan terbabit disyaki dilarikan militan Abu Sayyaf yang menceroboh kapal mangsa. Tiga lagi selamat selepas mereka terjun ke laut.

Mereka yang diculik ialah Arsyad Dahlan (41), La Baa (32), Riswanto Hayono (27), Edi Lawalopo (53), dan Syarizal Kastamiran (29).


Pengarang :