Penguat kuasa MDKL menampal notis penutupan terhadap premis yang beroperasi dalam persekitaran kotor pada 6 Januari 2020. Foto MDKL
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Lipas di dapur, restoran kotor diarah tutup dua minggu

BANTING, 7 JAN: Sebuah restoran di Telok Panglima Garang di sini diarah tutup selama dua minggu oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) selepas mengabaikan kebersihan premis.

Yang Dipertuanya berkata arahan penutupan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 62(b) Establisymen Makanan (2007) MDKL.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis ini bukan sahaja beroperasi dalam persekitaran kotor, malah lebih menjijikkan kami menjumpai lipas di dapur.

“Justeru, premis ini terpaksa ditutup serta merta bagi mengelakkan keracunan makanan,” kata Mohamad Zain A Hamid dalam kenyataan semalam.

Katanya pemilik restoran turut diarah melakukan pembersihan segera dalam tempoh 14 hari.

“Kami akan sentiasa memeriksa dan memantau premis makanan di daerah ini bagi memastikan masyarakat berasa selamat untuk makan,” katanya.


Pengarang :