AGENSISELANGOR

Mais galak masyarakat guna e-Wasiat, elak isu berbangkit antara waris

SHAH ALAM, 22 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menggalakkan masyarakat Islam menggunakan perkhidmatan e-Wasiat untuk menangani masalah pembahagian harta pusaka bagi mengelak sebarang isu berbangkit antara waris.

“Mais akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris melalui e-Wasiat,” kata Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Dr Ahmad Shahir berkata keperluan terbabit selaras bidang kuasa di bawah Subseksyen 5 (4), Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor).

“Mais juga melaksanakan pelbagai program di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta selain menyediakan platform media sosial seperti Facebook bertujuan memudahkan interaksi dengan orang ramai. Sehingga kini, Mais merekodkan lebih 2,000 pengguna menggunakan perkhidmatan dalam talian berkenaan,” katanya.


Pengarang :