AGENDANASIONAL

Malaysia Airlines tawar diskaun tambang sehingga 35 peratus

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.

Tawaran berlangsung sehingga 20 Januari 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020.

Ini bermakna, tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula daripada RM89, Kuching daripada RM129, Kota Kinabalu daripada RM179, Phuket daripada RM219, Jakarta daripada RM229 dan Bangkok daripada RM259.

Mereka yang berhasrat memulakan tahun 2020 untuk meneroka budaya dan tempat baharu, boleh mengunjungi destinasi di India, China, Korea dan Australia, dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai daripada RM899, Kochi daripada RM699, Shanghai daripada RM1,199, Seoul daripada RM1,399, Brisbane daripada RM1,599, London daripada RM2,899 dan Auckland daripada RM2,999, menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan.

Selain itu, Malaysia Airlines juga akan menawarkan tawaran nilai bundle hebat kepada pelanggan, dengan diskaun 20 peratus.

Menerusi nilai bundle ini, penumpang layak mendapat tambahan 10 kilogram bagasi dengan kerusi standard. Untuk pakej premium, penumpang layak mengakses KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan, kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May.

“Kami bangga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, dengan tawaran itu merupakan perhubungan akhir untuk kebanyakan pelancong dari seluruh dunia, yang semestinya tertarik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka seterusnya.

“Nikmati Hospitality Malaysia dari awal dan alami pengalaman budaya unik yang kami tawarkan, daripada fesyen tempatan sehinggalah kepada alam semula jadi,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :