Penguat kuasa Maqis merampas produk babi yang tidak mematuhi syarat import dalam operasi pada 8 Januari lalu. Foto Maqis
AGENSISELANGOR

Maqis rampas produk babi tidak patuh syarat import

SHAH ALAM, 16 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan mengimport produk babi dari Sepanyol bernilai RM552,752.63 juta dalam operasi di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada 8 Januari lalu.

Pengarahnya Dr Tarmisal Alimin berkata produk haiwan seberat 11,339 kilogram didapati tidak mematuhi syarat import permit dan tidak menepati ciri-ciri kebersihan.

“Produk ini ditahan kerana tidak mematuhi syarat import permit ditetapkan. Maqis sentiasa teliti menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap kemasukan dagangan ke dalam Malaysia selamat dan berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.


Pengarang :