AGENSISELANGOR

Masalah air di Klang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 12 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di wilayah Klang yang terjejas semalam telah pulih sepenuhnya pada pukul 7 pagi ini.

Bagaimanapun, masalah air di Bukit Kerayong, Kuala Selangor dijangka selesai pada jam 3 petang ini.

“Masalah air yang terjejas di kedua-dua kawasan itu berpunca daripada gangguan bekalan kuasa oleh Tenaga Nasional Berhad yang memberi kesan kepada Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3,” kata kenyataan Air Selangor hari ini.

Kata kenyataan itu, Air Selangor sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan air di Bukit Kerayong.

Orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor atau platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan layari laman www.airselangor.com untuk maklumat lanjut.


Pengarang :