AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB kongsi enam panduan bergelar usahawan berjaya

SHAH ALAM, 7 JAN: Bagi bergelar usahawan berjaya, seseorang perlu ada komitmen dan semangat tinggi ke arah mencapai cita-cita itu, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran di Twitternya hari ini, beliau berkongsi enam panduan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

  1.  Bakal usahawan perlu tahu menyelesaikan semua masalah penting
  2. Kita harus mendahulukan pelanggan dan produk
  3. Menggunakan media sosial
  4. Keempat mencatat nilai sebenar
  5. Kelima mendapatkan pertolongan daripada pekerja sambilan
  6. Sentiasa belajar

Amirudin turut mendoakan agar urusan bakal ahli perniagaan dipermudahkan dan mencapai impian masing-masing.

Beliau turut berkongsi poster panduan bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya di laman Facebooknya.

Pada 1 November tahun lalu, Amirudin pada Belanjawan Selangor 2020 mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM36.8 juta bagi memperkukuh serta menambah baik pelaksanaan program keusahawanan di negeri ini.

Katanya, fokus utama peruntukan itu memberi kesinambungan pemberdayaan usahawan kecil dan mikro ke arah menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 serta pasaran global.

Bagi memperkukuhkan lagi usahawan, Kerajaan Negeri juga menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Selangor dan menetapkan hala tuju pembangunan usahawan agar lebih tersusun dan bersasar.


Pengarang :