Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan dibuka semula selepas Mac

KUALA LANGAT, 14 JAN: Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan dibuka semula selepas proses peringkat pertama selesai sepenuhnya pada Mac hadapan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata proses pendaftaran dibuka sepanjang tahun bagi membolehkan pengguna yang terlepas tempoh awal berbuat demikian.

“Untuk pendaftaran Skim Air Darul Ehsan memang untuk peringkat pertama kita selesaikan sehingga Disember dan pemberian bermula pada Mac kepada semua penerima.

“Setakat ini semua terima air percuma dan kemudian selepas pelaksanaan itu yang tidak sempat daftar kita akan buka untuk pendaftaran dan kita akan kemaskini dua atau tiga bulan.

“Dahulu kita rancang setiap empat bulan tetapi sekarang mungkin ada pendaftaran masih dalam proses maka kita akan buka pendaftaran bagi yang terlepas. Pendaftaran akan dibuka sepanjang tahun,” katanya.

Fasa pertama pendaftaran berakhir 31 Disember lalu sejak dibuka pada 30 September 2019.

Pemohon yang layak akan terus memperolehi air percuma bermula 1 Mac bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Setakat 15 Disember 2019, Pengurusan Air Selangor Berhad hanya menerima 83,382 permohonan dengan 46,941 pemohon mempunyai maklumat lengkap sementara 27,415 permohonan lagi tidak boleh diproses kerana maklumat tidak lengkap.


Pengarang :