Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau persekitaran Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat pada 22 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Selangor tiada hasrat henti program air percuma

HULU LANGAT, 22 JAN: Kerajaan Negeri tidak bercadang menghentikan program air percuma kepada golongan sasar walaupun kos perbelanjaannya meningkat setiap tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri masih berupaya untuk melaksanakan program yang akan dikekalkan melalui Skim Air Darul Ehsan.

“Skim Air Darul Ehsan dibuat supaya program air percuma kekal dan berterusan. Kita tidak akan hentikan…selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya dan mendapat margin lebih baik untuk membiayai kos perbelanjaan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Langat 2 di sini hari ini.

Selangor melakukan penjajaran semula subsidi supaya lebih bersasar dan tidak membebankan kewangan Kerajaan Negeri.

-BERNAMA


Pengarang :