PBTSELANGOR

MBPJ sedia 1,420 petak niaga bazar Ramadan

SHAH ALAM, 29 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan 1,420 petak niaga di 19 lokasi bazar Ramadan di kawasan pentadbirannya tahun ini, maklum unit komunikasi korporatnya.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan permit boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawangnya bermula 31 Januari hingga 20 Februari ini.

“Insiatif ini memudahkan dan menjimatkan masa orang ramai tanpa perlu beratur panjang di kaunter MBPJ,” katanya.

Kawasan dan jumlah petak disediakan seperti berikut:

-Taman Medan Jalan PJS 2/3 (160 petak)
-SS6/1 Kelana Jaya (231 petak)
-Seksyen 17/1A (60 petak)
-SS8 Sg Way (80 petak)
-Taman Sri Manja (80 petak)
-Kompleks Pasar Peniaga Seksyen 14 (60 petak)
-Kampung Lindungan PJS 6/3 (55 petak)
-Desa Mentari PJS 6/5 (40 petak)
-Kampung Baiduri Seksyen 51 A (30 petak)
-Seksyen 8 (10 petak)
-Jalan Sentosa 3/57 (18 petak)
-Lembah Subang (50 petak)
-Kampung Sungai Kayu Ara (50 petak)
-Seksyen 4 Kota Damansara (100 petak)
-Jalan Teknologi 3/1 (40 petak)
-Seksyen 7 (70 petak)
-Apartment Meranti (80 petak)
-Vista Business Centre (166 petak)
-Prima Damansara (40 petak)

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBPJ di talian 03-7954 1560/03-7960 4667, layari www.mbpj.gov.my atau laman sosial.


Pengarang :