PBTSELANGOR

MPSJ tidak setuju bina kawasan khas merokok

SUBANG JAYA, 22 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak akan membina kawasan khas merokok di 4,000 restoran berikutan kosnya tinggi, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan sebaliknya berhasrat menyediakan tempat pembuangan puntung rokok bersesuaian untuk mengelakkan ia dibuang merata-rata.

“Kita mahu mendisiplinkan perokok. Justeru, kita setuju guna peruntukan diberi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPSJ di sini hari ini.

Pada 7 Januari lalu, KPKT mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada pihak berkuasa tempatan yang mengemukakan permohonan membina kawasan khas merokok di tempat awam.


Pengarang :