Kumpulan Muslim Care dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2020. Foto Facebook Muslim Care Malaysia Society
AGENDAGLOBAL

Muslim Care sumbang roti, air kepada 3,000 pelarian Syria

SHAH ALAM, 17 JAN: Seramai 3,000 pelarian Syria di Kem Muhemediya, Syria menerima sumbangan roti dan bekalan air bersih daripada Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), semalam.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care Nazmi Abdul Karim berkata sumbangan berjumlah RM8,158 (AS$2000) susulan kurang bekalan makanan dan air di kem terbabit.

“Kem ini dijaga kerajaan Turki yang menyediakan penempatan buat pelarian yang datang dari pelbagai daerah di Syria dan ini kem pertama yang dilawati selepas kami dibenarkan masuk untuk membantu mereka,” katanya lapor Harian Metro.

Bantuan boleh disalurkan di akaun Muslim Care di Maybank (564490413882), Bank Islam (1401401014740) atau Bank Muamalat (14010007654717).


Pengarang :