Tiga kenderaan terlibat kemalangan menyebabkan laluan di Kilometer 257.1 Lebuh Raya Utara Selatan, selepas Terowong Menora mengalami kesesakan teruk pada 18 Januari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Nahas tiga kenderaan, laluan PLUS ke utara sesak

IPOH, 18 JAN: Orang ramai yang ingin ke utara dinasihat menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan susulan kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 257.1 Lebuh Raya Utara Selatan, selepas Terowong Menora.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kemalangan pada jam 8.30 pagi itu melibatkan tiga kenderaan berat termasuk sebuah treler yang mengangkut beberapa unit kereta baharu.

Katanya, susulan itu lorong kiri terpaksa ditutup sehingga menyebabkan trafik sesak sehingga tujuh kilometer.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Polis Razali Ibrahim berkata, terdapat mangsa cedera dalam kemalangan itu, bagaimanapun maklumat lanjut akan menyusul.

-BERNAMA


Pengarang :