Hee Loy Sian pada sidang media berhubung penyelarasan pemantauan pencemaran sungai sempena Tahun Baharu Cina. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Op Sumber Air: Pantau 24 jam elak sungai tercemar

SHAH ALAM, 17 JAN: Selangor melaksanakan Op Sumber Air bagi memantau kawasan sungai selama 24 jam untuk mencegah pencemaran ketika musim perayaan, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata operasi pada 17 hingga 31 Januari juga bagi mengelakkan henti tugas loji rawatan air dan gangguan bekalan kepada pengguna.

“Pemantauan utama dibuat di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat yang menyumbang 90 peratus sumber utama air di Selangor,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Gerakan Negeri hari ini.

Beliau berkata seramai 200 kakitangan daripada sepuluh agensi terlibat dalam operasi yang diketuai
Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Sementara itu, Loy Sian berkata Indah Water Konsortium diarahkan untuk memantau loji rawatan kumbahan berskala besar di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat bagi memastikannya dikawal selia dengan baik.

Orang awam yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan sumber air boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar di talian 1-800-88-2727 atau Luas (019-2647904).


Pengarang :