EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pantau sungai, Selangor tekad tiada lagi pencemaran

KAJANG, 12 JAN: Kerajaan Negeri akan terus memantau kawasan yang sering dikaitkan dengan pencemaran terutama Sungai Selangor dan Sungai Semenyih, kata EXCO Alam Sekitar.

Hee Loy Sian berkata Selangor juga bertekad tiada pencemaran sungai seperti tahun lalu.

“Setakat ini kilang yang pernah dikaitkan sehingga menjadi punca pencemaran sudah dipindahkan, namun kita tetap akan pantau memandangkan musim perayaan tidak lama lagi,” katanya selepas penyampaian baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina 2020 DUN Kajang di Tesco Extra hari ini.

Katanya satu mesyuarat juga akan diadakan untuk memfokuskan penyelesaian isu berkenaan.

Pada 26 November lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengakui kesedaran masyarakat berhubung penjagaan alam sekitar yang mengurangkan isu pencemaran sungai.

Katanya perkara itu terbukti apabila masyarakat berani membuat aduan jika ternampak aktiviti mencurigakan.


Pengarang :