Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Masdiana Muhamad. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis beri nafas baharu program tadabbur

SHAH ALAM, 20 JAN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) melancarkan logo sekretariat tadabbur bagi memberi nafas baharu kepada program itu, kata yang dipertuanya.

Masdiana Muhamad berkata pembaharuan program ilham penasihat pertubuhan Datin Seri Shamshida Taharin itu seiring kemajuan negeri dan memberi ruang kepada peserta menghayati kitab Allah.

“Bermula tahun ini, program tadabbur akan diisi dengan ceramah daripada pendakwah terkenal bagi memastikan peserta lebih menjiwai nilai kehidupan Islam,” katanya selepas Majlis Tadabbur Al-Quran dan tazkirah khas sempena tahun baharu di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini.

Hadir sama penaung Pekawanis Yang Amat Mulia Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Program yang semakin dikenali ramai mencatatkan kehadiran 800 peserta hari ini.

 

 


Pengarang :